JAWATAN KOSONG
Calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi
kekosongan jawatan berikut :
JAWATAN PENOLONG JURUTERA (AWAM) - GRED J29
KLASIFIKASI : Perkhidmatan Kejuruteraan
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan
SKIM PERKHIDMATAN : Penolong Jurutera
SYARAT LANTIKAN : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
(i)
(ii)
Diploma dalam bidang Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2]; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
* Keutamaan diberikan kepada pemegang diploma yang
mempunyai pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan
Awam.
TARAF JAWATAN : SAMBILAN/KONTRAK (bagi suatu tempoh yang ditetapkan).
UMUR PADA
TARIKH TUTUP
IKLAN
: Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
CARA
MEMOHON
: Pemohon dikehendaki menggunakan borang Permohonan
Jawatan Kumpulan Sokongan (PEND/BUM/BR01/JAWATAN 02)
yang boleh diperolehi dengan cara muat turun daripada laman
web di http://www.eng.upm.edu.my.
PERATURAN
MEMOHON
: Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah
disertakan bersama dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil
kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan (termasuk Ijazah dan
Diploma jika berkaitan) yang telah disahkan dengan sekeping
gambar berukuran pasport.
TARIKH TUTUP : Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan
kepada Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan tidak lewat pada
10 November 2010.
Pejabat Dekan
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM SERDANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan