Selasa, 26 Oktober 2010

Jawatan Kosong di FINAS

Jawatan Kosong di FINAS
 
PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA

Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap seperti berikut:
PENGAMBILAN SECARA TETAP
1. JURUTERA – J41
(a) Jawatan : JURUTERA – J41
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan
(e) Gred dan Jadual Gaji :Gred J41
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79
Syarat Lantikan
(f) warganegara Malaysia
(g) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(h) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik/Elektronik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(i) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pembantu Teknik bidang Kejuruteraan Elektrik/Elektronik adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) Mempunyai kelayakan di para (h), di atas; atau
(b) Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(c) diperaku oleh Ketua Perkhidmatan.


2.PEGAWAI TADBIR – N41
(a) Jawatan : PEGAWAI TADBIR – N41
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred N41
P1T1 RM1690.28 – P1T27 RM4640.28
P2T1 RM1784.90 – P2T27 RM4918.55
P3T1 RM1883.70 – P3T27 RM5220.62
Syarat Lantikan
(f) Warganegara Malaysia
(g) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(h) i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau,
iii. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4 ); dan
(i) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) Mempunyai kelayakan salah satu di para h (i), (ii) atau (iii) di atas; atau
(b) Lulus Peperiksaan Khas


3.PEMANDU KENDERAAN
(a) Jawatan : PEMANDU KENDERAAN –R3
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred R3
P1T1 RM701.42 – P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 – P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 – P3T17 RM1493.59
Syarat Lantikan
(f) warganegara Malaysia;
(g) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(h) i. Tamat darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan.
ii. Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
iii. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R3)
  • Lesen D : P1T3
  • Lesen E/E1/E2: P1T4
  • Lesen F/H : P1T5
  • Lesen G/I : P1T6
(i) Berkebolehan bertutur , membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) Mempunyai kelayakan salah satu di para h (ii) dan (iii) di atas; atau
(b) Lulus peperiksaan Khas; dan
(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

 

CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman web http://www.finas.gov.my. Borang salinan pendua boleh digunakan.
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan 'resume' dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.
ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :
Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
(b) Tarikh tutup: 1 November 2010
CATATAN AM
(a) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Borang Permohonan Jawatan di FINAS 1
Borang Permohonan Jawatan di FINAS 2

Tiada ulasan: