Selasa, 11 Januari 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG FRIM

IKLAN JAWATAN KOSONG FRIM

 

IKLAN JAWATAN KOSONG KUMPULAN SOKONGAN

 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

1.         (a)       JAWATAN        :           PEMBANTU TADBIR ( KEWANGAN ) GRED W17
                                                            (1 Kekosongan)
            (b)        JADUAL GAJI      :           P1T1 RM 821.89 – P1T24 RM 2152.86
                                                            P2T1 RM 873.32 – P2T24 RM 2274.01
                                                            P3T1 RM 926.26 – P3T26 RM 2399.46

(C)       SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i)                  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(ii)                Sijil Pelajaran Malaysia  serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan
 Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); atau

(iii)               Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
            (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau

(iv)               Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9;

dan     (v)        kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2.         KEMUHAHAN IMBUHAN IMBUHAN TETAP:

i)          Imbuhan Tetap Khidmat Awam                RM 115.00
ii)         Imbuhan Tetap Perumahan                     RM 180.00
iii)         Bayaran Bantuan Sara Hidup                   RM 300.00

3.         TARAF JAWATAN         :           TETAP

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 2 yang boleh dimuat turun daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada 

Bahagian Sumber Manusia, 
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 
52109 Kepong, 
Selangor Darul Ehsan.  

Tarikh tutup permohonan pada 11 JANUARI 2011.


CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga atau dinilai. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tiada ulasan: