Selasa, 4 Januari 2011

Jawatan Kosong di FINAS

Jawatan Kosong di FINAS
 
PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA
Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap seperti berikut:

PENGAMBILAN SECARA PEMBEKAL KHIDMAT(Melalui satu Perjanjian/Kontrak dari setahun ke setahun berdasarkan keperluan) 

1. PENYUNTING VIDEO (EDITOR)
KELAYAKAN
  • Diploma dalam bidang Kreatif Multimedia, Penyiaran atau berkaitan.
  • Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
  • mempunyai pengalaman kerja selama 2 tahun dalam bidang berkaitan, penyuntingan video
  • Fee bulanan diantara RM 2,500.00 - RM 3,000.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan : 2 Jawatan
FUNGSI BIDANG TUGAS:
  • Mempunyai kreativiti dalam membuat suntingan video agar hasil suntingan dapat memenuhi kehendak pelanggan
  • Mengendali semua mesin-mesin penyuntingan bagi format SD, HD dan ke atas
  • Membuat runding cara dan cadangan kepada pelanggan tentang konsep penyuntingan yang bersesuaian
  • Memastikan peralatan dalam keadaan optimum dan membuat laporan kerosakan sekiranya ada
2. OPERATOR FILM SCANNER
KELAYAKAN
  • Diploma dalam bidang Multimedia Kreatif atau yang berkaitan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
  • Mempunyai pengetahuan dalam pengendalian komputer dan kepelbagaian platform seperti Windows, Macintosh atau Linux
  • mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang filem atau video
  • Fee bulanan diantara RM 1,800.00 – RM 2,500.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan : 1 Jawatan
FUNGSI BIDANG TUGAS:
  • Melakukan kerja imbasan filem kepada format-format yang dikehendaki dan termasuk kerja-kerja awalan serta memahami aspek resolusi tinggi bagi filem dan video
  • Mengendalikan mesin Film Scanner dan memahami aspek operasi mesin
  • Memastikan mesin dalam keadaan yang optimum pada setiap masa
  • Membuat laporan penggunaan dan kerosakan dari masa ke semasa
3. ANIMATOR
KELAYAKAN
  • Diploma dalam bidang Animasi dan Multimedia atau berkaitan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
  • Mempunyai pengetahuan dalam pengendalian komputer dan kepelbagaian platform seperti Windows, Macintosh atau linux
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang animasi
  • Fee bulanan diantara RM 2,500.00 - RM 3,000.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan : 1 Jawatan
FUNGSI BIDANG TUGAS:
  • Melakukan kerja-kerja animasi dan kesan-kesan khas untuk filem dan video yang mempunyai resolusi gambar yang tinggi (2k & 4k)
  • Mengendalikan mesin-mesin yang berkaitan dengan animasi computer generated image (CGI)
  • Memastikan mesin dalam keadaan yang optimum pada setiap masa
  • Membuat laporan penggunaan dan kerosakan dari masa ke semasa
4. PENGGRED WARNA (COLOUR GRADER)
KELAYAKAN
  • Diploma dalam bidang Multimedia Kreatif atau berkaitan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
  • Mempunyai pengetahuan dalam pengendalian komputer dan kepelbagaian platform seperti Windows, Macintosh atau Linux
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan
  • Fee bulanan diantara RM 2,500.00 - RM 3,000.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan : 1 Jawatan
FUNGSI BIDANG TUGAS:
  • Melakukan kerja-kerja gredan warna dan memahami aliran kerja pengantara digital seperti mesin Kinetransfer dan prosesan filem lain
  • Mengendalikan mesin penggredan warna dan peralatan yang berkaitan dengannya
  • Memastikan mesin gredan dalam keadaan yang optimum pada setiap masa
  • Membuat laporan penggunaan dan kerosakan dari masa ke semasa
5. EKSEKUTIF PEMASARAN
KELAYAKAN
  • Diploma dalam bidang Pemasaran atau berkaitan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
  • Mempunyai pengetahuan tentang peralatan perfileman
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan
  • Fee bulanan diantara RM 2,000.00 - RM 2,500.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan : 2 Jawatan
FUNGSI BIDANG TUGAS:
  • Membantu pengurusan Bahagian Pemasaran
  • Menguruskan sewaan peralatan & studio
  • Menerima tempahan dari pihak pelanggan

CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman web http://www.finas.gov.my. Borang salinan pendua boleh digunakan.
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan 'resume' dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.
ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)


(b) Tarikh tutup: 7 Januari 2010
 
CATATAN AM

(a) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang Permohonan Jawatan di FINAS 1
Borang Permohonan Jawatan di FINAS 2

Tiada ulasan: