Khamis, 13 Januari 2011

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulim Kedah

MAJLIS PERBANDARAN KULIM

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Kedah Darul Aman/warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:-

  1. Juruteknik Mekanikal - J 17
  2. Penolong Jurutera (Awam) - J 29
  3. Penolong Jurutera (Mekanikal) - J 29
CARA MEMOHON

1) Semua permohonan hendaklah dibuat melalui laman web Majlis Perbandaran Kulim http://www.mpkk.gov.my/. Permohonan borang melalui pos tidak akan dilayan.

2) Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan.

3) Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
                    a) Gambar berukuran passport
                    b) Salinan Sijil Kelahiran
                    c) Salinan Kad Pengenalan
                    d) Salinan Sijil Peperiksaan
                    e) Lain-lain Sijil yang berkaitan.

4) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.

5) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 25 sm x 32 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

6) Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:-
                                     YANG DIPERTUA,
                                     MAJLIS PERBANDARAN KULIM,
                                     104-120 LORONG KOTA KENARI 5/1,
                                     KOTA KENARI,
                                     09000 KULIM,
                                     KEDAH DARUL AMAN
                                   (u.p: Bahagian Sumber Manusia)

7) Tarikh Tutup Permohonan: 23 Januari 2011

Tiada ulasan: