Jawatan Kosong di Majlis Daerah Maran
Jawatan Kosong di Majlis Daerah Maran :1 ) Pembantu Penilaian
2) Pembantu Akauntan
3) Juruteknik Lanskap
4) Pekerja Rendah Awam
Muaturun Iklan Jawatan kosong disini.
Muaturun Borang Jawatan kosong disini
CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang MDM.PERJ.1 yang boleh didapati daripada Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Maran dan boleh muat turun borang ini di laman web www.mdmaran.gov.my.
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan, Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan sekeping gambar.
(c) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing- masing mengikut Perintah Am 21, Bab ‘A’.
(d) Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak terang, tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan, tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dan tidak ditandatangani akan ditolak.
(e) Borang permohonan yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berukuran 22 sm x 32 sm dengan setem yang mencukupi. Disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis Nama Jawatan yang dipohon.
(F). ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Permohonan hendaklah sampai kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MARAN,
26500 MARAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
Sebelum atau pada 8 November 2010
No. Fail Jawatan : MDM/P/ERH/040 JLD.5
(G) CATATAN AM
1. Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan :-
a. Tidak Lengkap.
b. Tidak menggunakan Borang MDM.PERJ.1.Pin.1/2005
c. Tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan dan
disahkan.
d. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan